|
Jumlah Pelawat |
|
|
Designed by: |
Takaful?Selamat datang diucapkan kepada pengunjung sekalian. Tahniah diucapkan kerana telah membuka minda kepada perlindungan insuran. Tahukah anda apa itu insuran? Secara mudahnya, ia adalah sekumpulan manusia yang menabung di dalam satu akaun amanah. Wang di dalam akaun itu hanya boleh digunakan apabila ada ahli kumpulan yang jatuh sakit dan memerlukan bantuan kewangan. Semakin ramai ahli di dalam kumpulan ini, maka semakin banyaklah bantuan kewangan yang dapat diterima oleh ahli kumpulan. Di dalam tempoh yang sama, wang di dalam akaun tersebut boleh dilaburkan. Pulangan keuntungan daripada pelaburan ini bolehlah dibahagi sama rata sesama ahli kumpulan sebagai dividen. Gambarajah di bawah menerangkan serba sedikit mengenai konsep insuran.
Tahukah anda bahawa mengambil Takaful (Insuran) adalah satu amalan kewangan yang baik? Saya sendiri mempunyai 3 takaful dari syarikat yang berbeza. Sebagai seorang suami, ayah dan ketua keluarga saya merasakan bahawa kesihatan saya perlu diberi perlindungan. Ini adalah kerana saya adalah punca rezeki atau breadwinner. Saya bimbang jika saya sakit dan hilang pendapatan atau meninggal dunia anak isteri akan hilang tempat bergantung. Bagaimana hendak membayar sewa rumah? Bil air, elektrik dan lain-lain? Susu anak? Pakaian mereka?
INSURAN SEBAGAI PERLINDUNGAN KEWANGAN Jika anda menyimpan tunai di bank setiap bulan, anda akan mempunyai wang untuk kegunaan kecemasan. Tetapi adakah ia mencukupi? Jika anda menyimpan RM100 sebulan di ASB, anda akan mempunyai lebih kurang RM20 000 dalam masa 10 tahun (termasuk dividen dan faedah). Andai kata anda disahkan mengidap sakit jantung pada tahun kesepuluh. Kos pembedahan adalah lebih kurang RM20 000. Adakah anda akan menggunakan simpanan ASB tersebut? Sudah tentu anda akan menggunakannya. Kerana anda ingin hidup lebih lama. Anak anda masih kecil. Isteri pula tidak bekerja. Ibu bapa pula sudah tua dan memerlukan anda untuk menyara mereka. Tahukah and a bahawa simpanan RM20 000 anda tadi akan habis begitu sahaja kerana telah membiayai kos pembedahan. Bagaimana pula dengan kehidupan anda selepas pembedahan? Biasanya selepas menjalani pembedahan seseorang itu akan hilang upaya untuk bekerja. Terutamanya jika anda diserang strok, kanser dan sebagainya. Oleh yang demikian, anda akan hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Bagaimana anda hendak meneruskan kehidupan? Simpanan telah habis digunakan. Berikut adalah pilihan yang anda ada:
Ketiga-tiga pilihan di atas adalah indah khabar dari rupa. Saya berkata demikian kerana meminta bantuan kewangan dari ahli keluarga bukanlah semudah yang disangka. Anda sendiri jika ada adik-beradik yang ingin meminjam RM20 000, adakah anda akan beri? Jika kawan-kawan pula yang ingin pinjam bagaimana? Harta anda jika dijual hari ini, banyak sangatkah pulangannya? Lepas jual rumah anda nak tinggal dimana? Adakah anda sanggup naik bas dalam keadaan kesihatan yang tidak menentu?
INSURAN SEBAGAI AKAUN ISTIMEWA Apakah perbezaan antara simpan duit di bank, bawah bantal dan insuran? Mudah sahaja jawapannya: Simpan duit di bank anda dapat dividen tetapi tiada perlindungan kesihatan. Simpan duit bawah bantal tiada dividen dan tiada perlindungan kesihatan. Hanya dengan insuran anda dapat dividen dan perlindungan kesihatan serta pelbagai manfaat lain. Antara faedah yang anda akan dapat dari insuran adalah:
MENANGGUK DI AIR YANG KERUH Insuran masa kini adalah sangat istimewa kerana ia memberi perlindungan dan juga peluang pelaburan. Wang yang anda bayar sebagai perlindungan anda akan dapat kembali di masa akan datang. Ia ibarat menabung, di samping mendapat perlindungan daripada penyakit dan kecemasan kesihatan. Namun begitu, insuran perlulah diambil ketika usia muda dan masih sihat. Ini adalah kerana bayaran bulanan premium insuran adalah berdasarkan empat perkara:
Sudah mengidap penyakit kritikal
Jika anda sudahpun mengidap penyakit kritikal dan memerlukan bantuan kewangan, maka adalah amat sukar untuk mencari syarikat yang sanggup menginsurankan anda. Jika ada, mungkin bayaran bulanan anda sangat tinggi. Anda mungkin boleh menipu syarikat insuran, namun begitu apabila pihak insuran tahu hal yang sebenar, insuran anda akan ditamatkan serta merta dan anda tidak akan dapat satu sen pun.Oleh yang demikian, ambillah langkah awal dengan mendaftar insuran hari ini. Sewaktu anda masih sihat. Jangan menangguk di air yang keruh. Insuran mengajar kita untuk merancang menghadapi hari-hari esok yang belum pasti. Jangan tunggu lagi. Anda masih layak untuk memohon hari ini. Esok belum tentu lagi.
Jika saya boleh meramal masa depan, pastinya saya tidak akan mengambil perlindungan insuran. Kerana saya hanya perlu ambil insuran sebelum saya sakit. Ini adalah supaya saya dapat menjimatkan bayaran bulanan. Pendapatan saya tidaklah sebanyak mana. Masalahnya disini, bolehkah kita meramal masa depan? Adakah manusia atau alat yang boleh memberikan tarikh dengan tepat dimana kita akan jatuh sakit atau meninggal dunia? Jawapannya adalah tidak. Tidak ada sesiapa yang boleh meramal masa depan.
Kita tidak tahu bila kita akan jatuh sakit atau meninggal. Tidak perlu wang yang banyak untuk mendapat perlindungan insuran. RM100 sebulan sudah membolehkan anda mendapatkan perlindungan yang pelbagai. Anda tidak perlu terlalu sayangkan RM100 anda itu kerana jika anda jatuh sakit, ia hanya dapat membantu jika anda menggunakannya untuk mendapatkan insuran kesihatan. Fikir-fikirkanlah. |


